P & P Cemerlang

on Sunday, March 10, 2013


Pembelajaran dan Pengajaran Cemerlang

Sebagai guru, kita mestilah terus mengekalkan kecemerlangan bagi memartabatkan profesion keguruan dengan memberi tumpuan kepada lima perkara utama yang menjadi asas kejayaan dan kewibawaan seseorang guru. Lima perkara utama itu adalah:
  1. Kekuatan intelek
  2. Kepimpinan berwibawa
  3. Kemurnian akhlak
  4. Kesediaan untuk berubah
  5. Minat dan cinta terhadap profesionnya.
Setiap faktor ini sering berkait, melengkapi serta bergerak serentak dan beriringan.

Dari segi kekuatan intelek, kita perlu melaksanakan tugas asasi iaitu mengajar dalam bilik darjah. Walaupun ke mana kita memberikan sumbangan dan khidmat, kita perlu mencemerlangkan diri dalam (P&P) di bilik darjah iaitu mengajar yang merupakan tugas hakiki terhadap pelajar. Kita juga perlu menunjukkan kecemerlangan dari aspek kepimpinan. Kita perlu cemerlang dalam organisasi yang dipimpin. Kita perlu bertanggungjawab terhadap kepimpinan pengajaran dan pembelajaran serta perkembangan sahsiah murid.

Kita juga harus menyedari bahawa sebagai pendidik, mereka perlu menjadi suri teladan yang baik atau qudwah hasanah / uswatun hasanah kepada murid, ibu bapa dan komuniti. Penilaian pelajar, ibu bapa dan masyarakat akan tertumpu kepada peribadi guru khususnya dalam menyampaikan pengajaran di dalam dan di luar bilik darjah. Justeru, selain mempunyai ilmu yang tinggi dan relevan, penampilan diri yang positif, berketerampilan, ketinggian budi pekerti, sikap dan budaya yang positif amat dituntut. Kita hendaklah sentiasa profesional, ceria serta amanah dalam menjalankan tanggungjawab yang diberikan.

Alaf baru menyaksikan gelombang perubahan hasil kemajuan sains, kecanggihan teknologi, dan ledakan ilmu. Kita perlu peka dan sentiasa bersedia untuk turut berubah dalam menghadapi keadaan ini. Kita perlu mempelbagaikan ilmu dan kemahiran dan memanfaatkan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam sistem pendidikan kita agar anak-anak didik dapat dipersiapkan untuk menghadapi cabaran dan ancaman globalisasi dan liberalisasi.

Kita juga perlu menunjukkan minat dan kecintaan yang mendalam untuk menjalankan tugas secara jujur, ikhlas dan penuh tanggungjawab. Kita perlu mempunyai ROH GURU agar dapat menjalani dan menggalas tugas untuk mendidik anak bangsa dengan jati diri yang kukuh, berdaya saing, berkeyakinan tinggi dan berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai sejagat.



Belajar dan terus belajar..
XOXO
S.A.Y.A
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Blog Cikgu Sains Pertanian | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO