Persahabatan itu indah!

on Monday, June 3, 2013


     Hari ni nak cerita pasal persahabatan sikit. Hehehe.. :) Semalam ada sorang sahabat telefon saya. Menyatakan rindunya pada saya. Saya jadi serba-salah.. terharu pun ada! Sebenarnya saya pun rindu dia juga! ^^ Tadi masa bukak blogger.com macam banyak je benda nak taip.. Bila dah mula menaip, hilang~.. Apa ek nak taip tadi? --"

     Semester lepas kami ada study group. Berlima: Saya, As, Rin, Akem, Raihan dan Liza. Kami ambil 5 subjek yang sama sem lepas. Alhamdulillah kami semua dapat Dekan sem lepas :) Sem ni study week sangatlah tidak best! Rin balik kampung, jadi pengapit sepupu dia sampai Khamis. As pun balik rumah sampai Rabu. Raihan yang rumah dekat balik sampai Isnin. Liza mungkin sibuk kerja. Akem?? Hee.. Dia tak tahu buat apa kat bilik tu. Dan saya?? Saya dalam dilema. Nak balik untuk menguruskan hal-hal adik nak sambung belajar di Bintulu, tapi Khamis ni ada presentation pula. Hurm.. Kenapalah Puan Ho tu sakit tiba2 Jumaat lepas???...

     Hari ni hari pertama study week. Baru masuk Chapter 3 Aplikasi Komp. Sangat lambat lah saya ni baca nota. Mcm mana nak dpt result best2 ni?? Hurm.. Saya nak jadi macam Abg Loqman Hakim tu. Setiap sem Dean List! Hebat kan?? :) Hee.. Ok lah, tak leh nak taip lama2. Nak sambung study lagi. Sehingga bertemu lagi. Wish me luck for my final. Thanks! Salam.




KAKAK TERLEBIH GEMBIRA BILA ADIK DAPAT SAMBUNG BELAJAR :)
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Blog Cikgu Sains Pertanian | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO