Berkesan ke?

on Sunday, March 3, 2013

Guru berkesan

1.Bersikap profesional.
2.Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.
3.Kaya ilmu.
4.Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.
5.Bermoral teguh.
6.Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.
7.Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.
8.Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid.
9.Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.
10.Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa.
11.Mempastikan situasi Guru mengajar murid belajar wujud di dalam kelas.
12.Berupaya melahirkan persekolahan berwatak supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.
13.Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg akademik.
14.Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral, berakhlak mulia, berketrampilanm, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu).
15.Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya.
16.Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi.
17.Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Blog Cikgu Sains Pertanian | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO