Sains dan Pertanian

on Saturday, February 16, 2013

Bukan aliran Sains, tapi minat Pertanian?

Ada seorang Anonymous telah meninggalkan komen di blog ini: " Saya bukan dari aliran Sains. Tapi nak ambil pertanian di Universiti. Boleh tak ? ". Saya tak tahu nak contact macam mana, so saya decide nak tulis entry ni untuk menjawab soalan awak. Diharap awak baca lah ya?. Tapi, harus diingatkan, saya bukanlah seorang pakar untuk menjawab soalan awak ni, tapi saya menjawab berdasarkan pengalaman saya. Jadi, janganlah ada pula yang menghentam saya lepas ni ya? ^^

Tak ambil Sains Pertanian masa SPM?

Aliran pertanian bukanlah hanya dikhususkan untuk pelajar aliran vokasional yang ambil mata pelajaran SAINS PERTANIAN semasa di sekolah menengah. Ini kerana, jumlah pelajar yang mengambil subjek Sains Pertanian semasa SPM, adalah sangat sikit! Yang ambilnya pula belum tentu lagi akan menyambung apa yang di belajarnya di universiti. Ada antara kawan-kawan saya yang mengambil aliran sastera, dan ada juga aliran sains. Ingat! Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Semasa mengisi UPU, anda bolehlah meletakkan kos Pertanian sebagai pilihan 1-4. Ini menunjukkan bahawa anda benar-benar inginkannya. Selain itu, untuk pengetahuan anda, UPM merupakan salah satu universiti yang telah diberi kuasa untuk memilih pelajarnya sendiri. Bolehlah ke SINI untuk maklumat lanjut.

Ambil Akaun? Perdagangan? Ekonomi Asas?

Jangan risau! Semasa saya mengambil Diploma Pertanian dulu, ada antara kawan-kawan saya yang merupakan pelajar-pelajar kelas Akaun, Perdagangan, Ekonomi dan lain-lain. Semasa kelas Metematik, pelajar aliran Sains membantu pelajar aliran Sastera.. (nama je Pengenalan kepada Matematik, tapi macam Add Math!) Masa kelas, Ekonomi, mereka pula yang ajar kami. Masa kelas yang kena buat Rancangan Perniagaan, pelajar Akaun pula yang bantu. Hidup ni kena ada tolak ansur dan sikap saling membantu antara satu sama lain. Baru lah harmoni. Yang susah akan jadi mudah.. sikit! hee..So, silalah pilih PERTANIAN! Anda pasti takkan menyesal.

Minat?

Bagi saya minat sangat membantu seseorang untuk berjaya. Jika tidak minat, benda yang kita buat selalu tak menjadi. Jadi, terapkan minat dalam diri anda supaya anda boleh berjaya seperti orang lain. Ingat! Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Jika anda sudah minat, dicampak ke mana pun anda pasti boleh survive! Enjoy yourself ok! ^^

Okaylah, ini saja pendapat saya untuk anda wahai sang Anonymous. Good Luck dalam apa jua yang anda ceburi. Berdoalah pada Allah, Mintalah restu daripada ibubapa anda, Insya Allah, semuanya akan diberkati. Sekian, salam.





Redha Allah terletak pada redha ibubapa
* Saya terpaksa melepaskan tawaran sambung belajar dalam bidang farmasi di Mesir
yang saya idam-idamkan kerana mak tak bagi. Takut mak murka, Allah murka juga!
Put your trust in Allah
* Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Trust me!
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Blog Cikgu Sains Pertanian | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO