Pertanian di Malaysia (part I)

on Thursday, January 24, 2013

PERTANIAN DI MALAYSIA

12% daripada KDNK negara Malaysia terbentuk daripada pertanian. Banyak juga kan?.. hee.. Mana taknya, sebanyak 16% rakyat Malaysia melibatkan diri dalam bidang pertanian. Tak kira lah pekebun ke, petani ke, pesawah ke.. mereka juga menyumbang kepada ekonomi negara! So, hari ni saya nak kongsi sedikit sebanyak tentang kepentingan pertanian di Malaysia.

Pertanian memainkan peranan yang penting di Malaysia. Apakah dia kepentingan pertanian di Malaysia? Baiklah.. Point yang saya dapat ni daripada  BLOG SAINS PERTANIAN SMT ALOR STAR. Antara kepentingan pertanian adalah seperti berikut:

  • ·         Pengeluaran bahan makanan
  • ·         Pengeluaran bahan mentah
  • ·         Pendapatan eksport
  • ·         Peluang pekerjaan
  • ·         Pengeluaran bahan makanan

Pengeluaran bahan makanan

Keperluan bekalan makanan penduduk negara Malaysia dapat dipenuhi dengan adanya pertanian. Manusia pada zaman Neolitik, mula bercucuk tanam, menangkap ikan serta membela haiwan ternakan. Jadi, di situ wujudnya sistem pertanian pertama di Malaysia iaitu kira-kira 7,000 tahun dahulu! Ok, lama kan?

Selain daripada itu, pertanian juga dapat mengurangkan kos import bahan makanan dari luar negara iaitu lebih kurang 221.81 bilion sejak 10 tahun yang lalu! Bukan jumlah yang sedikit kan? Apa je yang diimport oleh kerajaan Malaysia?? Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Johari Baharum berkata, kebanyakan komoditi yang diimport tidak ekonomik untuk dihasilkan dalam negara kerana kos pengeluaran tinggi di samping iklim yang tidak sesuai. Kumpulan komoditi makanan yang diimport adalah keluaran bahan makanan diproses, bahan makanan ternakan, buahan iklim sederhana, sayur-sayuran dan bijirin. Antara makanan yang kita import ialah koko, kopi, teh, susu, gandum, epal, oren, ubi kentang, salad, beras dan tepung, katanya ketika menjawab soalan Dr. Siti Mariah Mahmud (Pas-Kota Raja). (Artikel Penuh: © Utusan Melayu (M) Bhd)

Pertanian juga amat penting untuk memenuhi keperluan keselamatan Negara. Kita dapat lihat melalui salah satu objektif Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) iaitu meningkatkan sekuriti makanan (food security). (Sumber Maklumat: Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia )

Pengeluaran bahan mentah

Sektor Pertanian merupakan salah satu sektor penting yang mendapat tumpuan dalam perdagangan dunia kerana ia merupakan pembekal makanan dan sumber bahan mentah kepada penduduk dunia.

Sektor pertanian khususnya sektor-sektor kecil tanaman industri dan perhutanan akan terus memainkan peranan penting sebagai pembekal utama bahan mentah kepada industri berasaskan sumber. Sumbangan sektor pertanian kepada KDNK dijangka akan menjadi lebih penting apabila lebih banyak bahan mentah pertanian diproses dan dijadikan produk akhir untuk dieksport. Bagi menampung pengeluaran dalam negara dan memenuhi permintaan yang kian bertambah daripada industri hiliran, perolehan strategik bahan mentah melalui pelaburan di luar negara akan diusahakan. (Sumber Maklumat: Dasar-pertanian-negara-ketigadpn3 )

Antara contoh bahan mentah yang digunakan untuk keperluan industri adalah getah, kelapa sawit dan sebagainya. Getah boleh digunakan dalam pembuatan tayar kenderaan dan kelapa sawit pula digunakan untuk membuat minyak masak.

Pendapatan eksport

Sektor perusahaan perladangan dan komoditi merangkumi penanaman dan penghasilan minyak sawit, getah, kayu, koko lada dan tembakau. Pada tahun 2006, nilai eksport bagi komoditi dan produk berasaskan komoditi adalah RM76.50 billion, menyumbang 12.91 peratus kepada jumlah eksport Malaysia bagi tahun berkenaan. Sektor ini telah menyumbang lima peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara. Sektor perusahaan perladangan dan komoditi terus berkembang menjadi sektor yang dinamik, kukuh dan menjadi sektor asas kepada kekukuhan pertumbuhan ekonomi Malaysia. Ia turut menyumbang kepada Produk Berasaskan Domestik (GDP), sektor pekerjaan dan pendapatan eksport serta meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar. Selain daripada itu, sektor ini juga memberikan banyak peluang dan telah berkembang bermula daripada proses pengeksportan bahan mentah kepada penghasilan barangan separuh siap, barang telah diproses dan barang siap, di samping menghasilkan lebih produk nilai tambah bagi meningkatkan pasaran. (Sumber Maklumat: Karya Merdeka )

Sektor pertanian dijangka memperolehi sumber pertumbuhan yang baru daripada hasil pelbagai inisiatif untuk menggalakkan pertumbuhan kumpulan industri baru seperti perhutani, produk asli istimewa, buluh dan rotan, produk bioteknologi, florikultur dan ikan hiasan. Sektor kecil makanan juga dijangka mengalami pertumbuhan ketara berikutan langkah-langkah intensif yang telah diambil untuk mengatasi kekangan-kekangan yang dihadapi berkaitan dengan pengeluaran, serta daya usaha lain untuk memperkukuhkan asas ekonomi sektor kecil ini. Sumbangan sektor kecil makanan kepada KDNK pertanian dijangka meningkat daripada RM4.3 bilion dalam tahun 1995 kepada RM7.4 bilion dalam tahun 2010. Permintaan kukuh yang kian meningkat terhadap minyak sawit di pasaran antarabangsa akan mempergiatkan lagi pertumbuhan industri ini. Nilai ditambah sektor kecil ini dijangka meningkat daripada RM6.8 bilion kepada RM10.3 bilion bagi tempoh tersebut, sementara sumbangannya kepada KDNK pertanian dijangka meningkat daripada 42.1% kepada 44.6%.

Sektor pertanian khususnya sektor-sektor kecil tanaman industri dan perhutanan akan terus memainkan peranan penting sebagai pembekal utama bahan mentah kepada industri berasaskan sumber. Sumbangan sektor pertanian kepada KDNK dijangka akan menjadi lebih penting apabila lebih banyak bahan mentah pertanian diproses dan dijadikan produk akhir untuk dieksport. Bagi menampung pengeluaran dalam negara dan memenuhi permintaan yang kian bertambah daripada industri hiliran, perolehan strategik bahan mentah melalui pelaburan di luar negara akan diusahakan. (Sumber Maklumat: PMR Penerangan )

Peluang pekerjaan

Sektor pertanian melibatkan bilangan tenaga kerja yang besar. Tiga kumpulan pekerjaan utama dalam bidang pertanian (tanaman, ternakan dan perikanan) adalah:

  • ·   Pengeluaran
Menghasilkan makanan atau bahan mentah untuk penduduk bandar dan industri. Contoh pekerjaan; Pengusaha tanaman, pengurus ladang, penternak haiwan dan eksekutif pemasaran.


  • ·    Perkhidmatan
Memberi segala perkhidmatan kepada pengeluar. Contoh pekerjaan; Pegawai bank, pegawai penyelidik, veterinar, jurutera, juru runding, guru dan arkitek landskap.


  • ·   Pembuatan
Menukar hasil pertanian kepada barang yang berguna. Contoh pekerjaan; Pengilang padi, pekerja kilang pemproses getah atau minyak sawit.

Sekian sahaja dari saya. Nantikan sambungan PERTANIAN DI MALAYSIA part II, part III dan part IV di mana saya akan terangkan mengenai tanaman dan ternakan di Malaysia, trend pertanian di Malaysia, isu pertanian di Malaysia dan peranan institusi dalam pembangunan pertanian.


Mengumpul maklumat.
Plagiat? No!
Saya state sumber kan?
Hehe.. salam ^^

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Blog Cikgu Sains Pertanian | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO