MGM 3180 dan rakan-rakan saya!

on Wednesday, December 5, 2012

Pembentangan Rancangan Perniagaan Syarikat Perniagaan Irfan dan Rakan-rakan Sdn. Bhd.

Alhamdulillah kami satu kumpulan telah berjaya present Rancangan Perniagaan kami. Saya ingat nak kongsikan slide presentation kami yang tak seberapa tu.. tapi saya tak tahu macam mana nak kongsikan. Kalau ada sesiapa yang nak contoh Rancangan Perniagaan MGM 3180 boleh lah e-mel saya di munamunie91@gmail.com. Insya-allah saya akan cuba bantu yang mana mampu.

Banyak yang saya pelajari dari MGM3180

Banyak yang saya dah pelajari. Kerja dalam kumpulan.. biasalah, ada yang buat kerja, ada yang goyang kaki, ada yang free rider dan macam-macam lagi perangai orang yang saya dah jumpa. Sebagai seorang bakal guru, apa yang saya pelajari saya anggap sebagai dugaan yang Allah hadiahkan untuk saya agar saya menjadi dewasa. Pengalaman mengajar erti kehidupan. Dulu, kalau orang tak buat kerja, saya akan terus jumpa direct face-to-face tanya apa masalah dia dan saya akan luahkan apa yang saya tak puas hati. Tapi sekarang, saya akan cuba selesaikan kerja kumpulan, sendiri. Jika tak mampu sangat barulah saya minta pertolongan dari yang lain-lain. Kerana apa? Kerana saya sayangkan rakan-rakan lain yang mana mereka berpangkat adik. Ada yang sebaya umurnya dengan arwah adik saya. jadi, saya sangat sayangkan mereka semua!.. Tak sampai hati nak marah mereka. Ada sekali tu saya marah sangat, tapi saya cuma luah di Facebook saya. Ada yang minta maaf, ada yang buat dek macam tak bersalah, kononnya dia tak bersalah, ada yang tak bertegur sapa seminggu, ada yang makan dalam.. hee.. macam-macam perangai bakal-bakal guru kita ni. Tak mengapa lah, bila dah habis belajar nanti ini lah kenangan yang akan kami rindu :)

Okaylah, ini sahaja dari saya. Terima kasih kerana sudi singgah :) Salam.

* Nak study FCE3000 dan STE3000.
-SAYA-
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Blog Cikgu Sains Pertanian | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO