Kenapa ambil Bacelor Pendidikan (Sains Pertanian)?
Ramai orang bertanya, KENAPA AMBIL SAINS PERTANIAN? Banyak sebab kenapa saya ambil subjek ni sebagai major. Dan ada juga bila ditanya AMBIL JURUSAN APA? Bila dijawab BACELOR PENDIDIKAN (SAINS PERTANIAN), banyak pula soalan lain yang akan ditanya dan juga keluarlah bermacam-macam perspektif negatif mereka, tapi ada juga yang positif :)
Antaranya ;
- Kenapa ambil pertanian? Nak jadi petani ke? (Dah sah-sah ambil pendidikan!)
- Kena pergi ladang lah ya tiap-tiap hari? Habislah hitam kamu nanti.. (Erk! Sekarang ni pun dah cukup gelap!)
- Boleh lah tanam pokok belakang rumah nanti kan? (Apasal lah kecil sangat misi dan visi tu?.. hahaha.. setakat tanam pokok belakang rumah tak perlulah sampai ambil jurusan ni!)
Masa untuk menjawab soalan: Kenapa ambil BACELOR PENDIDIKAN (SAINS PERTANIAN)?
Sambung Diploma Pertanian
Selepas SPM, saya dapat tawaran sambung belajar jurusan Diploma Pertanian di Universiti Putra Malaysia kampus Bintulu. Jadi, di situ saya mula belajar tentang pertanian. Pertanian sebenarnya sangat menyeronokkan! Siapa kata jurusan pertanian ni hanya melahirkan para petani? Masa semester 1, more to introduction to agriculture. Kami juga kena ambil subjek-subjek universiti. Semester 2, sains tanaman asas. Rasanya tahun pertama adalah tahun di mana subjek-subjek yang simple je (Eceh, simple pun tak dapat Dekan kan?!). Masuk semester 3 dah mula rasa best! Ada subjek PLP1002 Pengenalan Perosak Tanaman, SHW1000 Asas Pengeluaran Ternakan dan SST1001 Sains Tanah Pengenalan. Semester 4 pula banyak subjek pengurusan macam SST2602 Pengurusan Tanah dan PLP1003 Amalan Pengurusan Perosak. Pada semester 4, kami telah diperkenalkan kepada bidang baru iaitu Tanaman Hiasan Hortikultur Landskap HRT2301. Semester 5 latihan industri. Semester 6 pula banyak subjek yang memang macam nak jadikan kita petani yang berjaya. So, alang-alang dah belajar pasal pertanian, apa salahnya kalau kita tambah ilmu yang ada, kita sebarkan pada yang tiada. Kan3?? :)
Banyak hands on
Dah lah ladang jauh toksah cakap. Kena menyangkul, tabur baja tahi
ayam, bela ayam. Okay, mungkin ada yang rasa eeuuwww.. jijiknya! Tapi, kalau tak jijik, korang tak makan okay! Saya fikir tu je. Kita yang 'tukang makan' rasa senang je nak sua makanan dalam mulut kita. Tapi, para petani yang 'tukang tanam', 'tukang bela'?? Korang ambil jurusan pertanian, nanti korang akan rasa susah senangnya diorang nak bagi korang makn. (Ayat tak boleh blah!) Tapi, zaman dah berubah. Kitorang masa Diploma dulu ada amali bawa traktor dan macam-macam lagi. Ada juga kitorang kena buat koleksi haiwan perosak, koleksi serangga, koleksi rumpai, koleksi penyakit. See! Banyaknya koleksi. :) Kitorang ni dah jadi ala-ala doktor dah. DOKTOR PERTANIAN. (Pun boleh!) Belajar sistem pokok, serangga, ternakan.. Operate lipas, tikus. Hee.. Macam doktor kan? Doktor haiwan! Haha.. :D
Cita-cita
Masa darjah 1, cikgu selalu tanya cita-cita nak jadi apa? First, CIKGU. Sebabnya, masa sambutan Hari Guru, selalu tengok mak dapat banyak hadiah! hee.. Jeles kau! Dah besar, fikir.. cikgu ni orang cuti, dia pun cuti. Bestnya jadi cikgu. Tapi bila dah makin besar, tengok.. kerja cikgu makin bertambah, tapi gaji cikgu tiap tahun pun makin bertambah! Hee.. :) Apa-apa pun, benda kalau dah minat.. macam mana pun nak jadi juga! :) Huu..
Rasanya dah terlalu banyak yang ditulis. Tangan pun dah penat menaip. Mata pun rasa nak tutup. Sekian sahaja dari saya. Terima kasih.
{ 3 comments... read them below or add one }
sy bukan dari aliran sains. tp nk ambik pertanian kat universiti.. boleh x?
February 16, 2013 at 4:22 AM
Could you leave your email my dear?
February 19, 2013 at 4:01 PM
kalau bukan dari aliran sains boleh ke.. and pekerjaan ape yang ade lepas habis belajar
January 3, 2014 at 4:47 PM
Post a Comment