Blog Cikgu Sains Pertanian

on Friday, November 30, 2012

Hari ni nak kongsi sebab kenapa saya buat BLOG CIKGU SAINS PERTANIAN.

Dapat ilham daripada blog Cikgu Loqman

Cikgu Loqman Hakim ni guru dari UPSI. Pelajar tahun akhir. Senior lah kiranya. Dah nak habis belajar dah. Tengah buat thesis sekarang ni. Kalau nak baca blog dia boleh lah ke Blog Cikgu Loqman - more to kisah sepanjang jadi cikgu-to-be. Seronok baca perkongsian dia.

Antara blog cikgu Sains Pertanian yang lain:
  1. Cikgu Siti (Senior!) - more to perkongsian peribadi.
  2. Cikgu Haslina (Cikgu :) )- pasal cikgu.
  3. Cikgu Chun
Ini blog cikgu. Kalau blog Sains Pertanian banyak. Google je lah okay? Hee..

Nak kongsi pengetahuan

Apa yang saya perasan, banyak blog yang berkongsi nota-nota atau sedikit sebanyak pengetahuan yang diperolehinya. Antaranya blog Kak Zan di mana Kak Zan selalu kongsi pengetahuan tentang kimia. Ada juga Kak Zan coretkan tentang cara-cara membuat homemade skincare yang selamat, tapi saya je malas nak try. Order je dari kak Zan. :) hee..

Nak share pengalaman

Selain itu, bakal cikgu ni nak juga berkongsi pengalaman yang diperolehi sepanjang menjadi pelajar Bacelor Pendidikan (Sains Pertanian). Mana lah tahu kalau-kalau ada adik-adik yang berminat nak masuk ke jurusan ni?.. Boleh lah dia refer kat Blog Cikgu Sains Pertanian ni kan? Hee.. Perasan kejap --"

Rasanya, itu sahaja buat masa ni. Akan diupdate bila dah generate new ideas! Hee.. :) Sekian sahaja, terima kasih.

Yang  baru belajar function <h3>,
-S.A.Y.A-

Tag : ,

Sains Pertanian?

on Thursday, November 29, 2012

Kenapa ambil Bacelor Pendidikan (Sains Pertanian)?

Ramai orang bertanya, KENAPA AMBIL SAINS PERTANIAN? Banyak sebab kenapa saya ambil subjek ni sebagai major. Dan ada juga bila ditanya AMBIL JURUSAN APA? Bila dijawab BACELOR PENDIDIKAN (SAINS PERTANIAN), banyak pula soalan lain yang akan ditanya dan juga keluarlah bermacam-macam perspektif negatif mereka, tapi ada juga yang positif :)

Antaranya ;
  1. Kenapa ambil pertanian? Nak jadi petani ke? (Dah sah-sah ambil pendidikan!)
  2. Kena pergi ladang lah ya tiap-tiap hari? Habislah hitam kamu nanti.. (Erk! Sekarang ni pun dah cukup gelap!)
  3. Boleh lah tanam pokok belakang rumah nanti kan? (Apasal lah kecil sangat misi dan visi tu?.. hahaha.. setakat tanam pokok belakang rumah tak perlulah sampai ambil jurusan ni!)
Sebenarnya, masa sekolah dulu memang tak pernah terfikir pun akan menceburkan diri dalam bidang pertanian ni. Tup tup, sekarang?! Saya salah seorang bakal perintis bumi hijau di Malaysia ni! Hehehe.. Bangga tak??

Masa untuk menjawab soalan: Kenapa ambil BACELOR PENDIDIKAN (SAINS PERTANIAN)?



Sambung Diploma Pertanian

Selepas SPM, saya dapat tawaran sambung belajar jurusan Diploma Pertanian di Universiti Putra Malaysia kampus Bintulu. Jadi, di situ saya mula belajar tentang pertanian. Pertanian sebenarnya sangat menyeronokkan! Siapa kata jurusan pertanian ni hanya melahirkan para petani? Masa semester 1, more to introduction to agriculture. Kami juga kena ambil subjek-subjek universiti. Semester 2, sains tanaman asas. Rasanya tahun pertama adalah tahun di mana subjek-subjek yang simple je (Eceh, simple pun tak dapat Dekan kan?!). Masuk semester 3 dah mula rasa best! Ada subjek PLP1002 Pengenalan Perosak Tanaman, SHW1000 Asas Pengeluaran Ternakan dan SST1001 Sains Tanah Pengenalan. Semester 4 pula banyak subjek pengurusan macam SST2602 Pengurusan Tanah dan PLP1003 Amalan Pengurusan Perosak. Pada semester 4, kami telah diperkenalkan kepada bidang baru iaitu Tanaman Hiasan Hortikultur Landskap HRT2301. Semester 5 latihan industri. Semester 6 pula banyak subjek yang memang macam nak jadikan kita petani yang berjaya. So, alang-alang dah belajar pasal pertanian, apa salahnya kalau kita tambah ilmu yang ada, kita sebarkan pada yang tiada. Kan3?? :)

Banyak hands on

Dah lah ladang jauh toksah cakap. Kena menyangkul, tabur baja tahi ayam, bela ayam. Okay, mungkin ada yang rasa eeuuwww.. jijiknya! Tapi, kalau tak jijik, korang tak makan okay! Saya fikir tu je. Kita yang 'tukang makan' rasa senang je nak sua makanan dalam mulut kita. Tapi, para petani yang 'tukang tanam', 'tukang bela'?? Korang ambil jurusan pertanian, nanti korang akan rasa susah senangnya diorang nak bagi korang makn. (Ayat tak boleh blah!) Tapi, zaman dah berubah. Kitorang masa Diploma dulu ada amali bawa traktor dan macam-macam lagi. Ada juga kitorang kena buat koleksi haiwan perosak, koleksi serangga, koleksi rumpai, koleksi penyakit. See! Banyaknya koleksi. :) Kitorang ni dah jadi ala-ala doktor dah. DOKTOR PERTANIAN. (Pun boleh!) Belajar sistem pokok, serangga, ternakan.. Operate lipas, tikus. Hee.. Macam doktor kan? Doktor haiwan! Haha.. :D

Cita-cita

Masa darjah 1, cikgu selalu tanya cita-cita nak jadi apa? First, CIKGU. Sebabnya, masa sambutan Hari Guru, selalu tengok mak dapat banyak hadiah! hee.. Jeles kau! Dah besar, fikir.. cikgu ni orang cuti, dia pun cuti. Bestnya jadi cikgu. Tapi bila dah makin besar, tengok.. kerja cikgu makin bertambah, tapi gaji cikgu tiap tahun pun makin bertambah! Hee.. :) Apa-apa pun, benda kalau dah minat.. macam mana pun nak jadi juga! :) Huu..

Rasanya dah terlalu banyak yang ditulis. Tangan pun dah penat menaip. Mata pun rasa nak tutup. Sekian sahaja dari saya. Terima kasih.

Tag : , ,

Bermulanya sebuah kisah..

on Tuesday, November 27, 2012

Terima kasih kerana sudi membaca Blog Cikgu Sains pertanian - to - be.. hee.. Insya Allah lagi 3 tahun setengah :) Doakan! Ok, entri pertama selalunya diceritakan mengenai kenapa wujudnya sesuatu blog itu, kan? (Ya kan je walaupun salah :p hee..) Jadi, malam ni, biarlah saya mulakan kisah saya sebagai seorang Cikgu Sains Pertanian - bakal -

Oh ya! Sebelum terlupa, biarlah saya bagitahu terlebih dahulu. Saya ada dua blog. Blog pertama adalah BLOG CELOTEH MUNA. (Sila google okay!) Kisah perjalananan hidup saya sebagai seorang Cikgu Sains Pertanian -bakal- bermula begini..


Ujian Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI)

Ujian Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) dijalankan kepada semua calon yang ingin mengikuti bidang perguruan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia iaitu ujian khas kepada calon-calon yang memohon kemasukan ke Program Pendidikan seperti ISMP (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan). -macam saya lah :p hee..-

Ini bermakna Ujian MEdSI ini hanyalah untuk calon-calon yang memohon program pengajian pendidikan di pilihan 1 atau pilihan 2 sahaja ketika mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA secara dalam talian. -Bacelor Pendidikan (Sains Pertanian), UPM pilihan PERTAMA okay!-

Ujian MEdSI adalah untuk mengukur kualiti intrinsik calon guru dari segi Personaliti, Minat Kerjaya, Nilai Integriti dan Kecerdasan Emosi. Maklumat yang diperoleh daripada pengukuran ini digunakan untuk memilih calon guru yang sesuai untuk kemasukan ke program pendidikan di IPTA.

Format Ujian MEdSI

Ujian MEdSI mengandungi 300 soalan dan perlu dijawab dalam masa 1 jam 10 minit. Terbahagi kepada 4 bahagian:
  1. Personaliti – 110 soalan
  2. Minat Kerjaya – 60 soalan
  3. Nilai Integriti – 70 soalan
  4. Kecerdasan Emosi – 60 soalan

Soalan ujian MEdSI berbentuk aneka pilihan. Calon dikehendaki memilih pilihan jawapan yang sesuai dengan diri calon dan tiada jawapan yang betul atau salah.

300 soalan tu! Banyak kan? Ceritanya sampai lenguh lah nak tanda jawapan. Jawapan dah habis JUJUR dah. Tak fikir apa dah waktu tu :p Redha je lah.

Semakan panggilan Ujian MEdSI masa tu saya check dekat laman web Majlis Peperiksaan Malaysia. Kalau tak silap 22 April 2011. Kononnya nak check lambat-lambat, tapi sebab terlalu excited, dengan kawan-kawan punya pun saya tolong checkkan :p hee.. Hampir satu kelas masa ambil Diploma Pertanian di UPM Kampus Bintulu tu dapat tawaran ujian MEdSI ni. Tapi takde sorang pun dapat pusat ujian yang sama dengan saya. So, redha je. 

30 April tu pergi sorang je. Eh, silap! Mak hantar :) hee.. Sampai sana jumpa junior SRISS dulu dan my cousin, Lailatul Atiqah Yunos! Oopppsss.. terlupa pula cousin setaraf dah! Dia ambil matrikulasi setahun, so setaraf lah dengan saya sekarang. Habis je jawab, kononnya nak tunggulah sampai habis masa.. tapi!!!! Sorang, sorang bangun. So, saya pun apalagi?! Bangun juga lah. Hee..


TEMUDUGA PROGRAM PENDIDIKAN SESI 2012/2013

Tak lama lepas Ujian MEdSI tu, dekat dua minggu lah jugak.. result ujian MEdSI keluar. Siapa-siapa yang berjaya dalam Ujian MEdSI akan dipanggil untuk menghadiri temuduga pula. Saya terlupa nak check tarikh result keluar. Sangat mengharap pada cousin je waktu tu. Then one day, cousin mesej cakap: " Acak, dapat tak pergi temuduga? " (Acak tu nama panggilan dari family je :p hee..) So, bagi no IC bagai.. suruh dia check. Then she replied: " Congrats! ". Means what eh?.. Hehehe.. Saya dapat lah! So, cepat-cepat tanya bila, kat mana. Dia balas sama tarikh la. Dekat UPSI. NOKTAH!

Saya buka blog archive saya dan buka entri di mana saya tulis entri itu sejurus selepas saya balik dari UPSI. (Tempat ditemuduga) Terdapat beberapa insiden yang memalukan, mengecewakan dan lain-lain nya yang bercampur-aduk.. berlaku pada hari kejadian! Boleh baca DI SINI. Jadi, saya semak entri lama saya DI SINI. Di mana, entri tersebut ditulis pada 27hb Mei!.. (Siapa baca betul-betul dia akan tahu jawapannya :p hee..)


SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA

Lagi sekali, kalau tak silap.. hee.. 10 Ogos tu result keluar. Ingat nya.. tak nak lah check result awal-awal. Tapi setelah mesej masuk bertubi-tubi : " Weh, hang dapat sambung mana?? ", " Dapat U mana? ", dan lain-lain lagi yang maknanya sama iaitu menanyakan keputusan UPU saya. So, saya pun kalah dengan mesej-mesej tu. Saya sanggup bazirkan kredit check guna h/p. Walhal, kat rumah ada WiFi! Boleh je check malam tu. (Waktu tu tengah kerja) Tapi, saya tewas dengan nafsu saya.. haha.. saya pun checklah keputusan. Then I called my mom : " Mak, Angah dapat jadi CIKGU! --" teettt. " Maknanya saya dapat lah sambung belajar bidang pendidikan. Dan yang paling menggembirakan adalah bilamana universiti yang menawarkan kos pendidikan tu adalah UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA! Tak tahu lah kenapa, rasa sayang sangat dekat UPM ni! Kalau boleh nak sambung master, doktor falsafah, nak bagi anak, cucu, cicit semualah masuk UPM!.. hee.. See, how much I love you, UPM :)



So, here I am. Start pendaftaran 1 September 2012. Sekarang ni 27 November 2012. Dah dua bulan dah kat UPM kampus Serdang ni! Wish me luck, dah banyak sangat dah menaipnya. Esok-esok ada idea lagi, taip lagi. Kan3?.. Sekian sahaja dari saya. Terima kasih kerana sudi membaca entri saya.

Yang kadang-kadang benar,
-Munira Nabila-

Tag : ,
 
© Blog Cikgu Sains Pertanian | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO