PERTANIAN DI MALAYSIA
12% daripada KDNK negara Malaysia
terbentuk daripada pertanian. Banyak juga kan?.. hee.. Mana taknya, sebanyak
16% rakyat Malaysia melibatkan diri dalam bidang pertanian. Tak kira lah
pekebun ke, petani ke, pesawah ke.. mereka juga menyumbang kepada ekonomi
negara! So, hari ni saya nak kongsi sedikit sebanyak tentang kepentingan pertanian
di Malaysia.
Pertanian memainkan peranan yang penting
di Malaysia. Apakah dia kepentingan pertanian di Malaysia? Baiklah.. Point yang
saya dapat ni daripada BLOG SAINS PERTANIAN SMT ALOR STAR.
Antara kepentingan pertanian adalah seperti berikut:
- · Pengeluaran bahan makanan
- · Pengeluaran bahan mentah
- · Pendapatan eksport
- · Peluang pekerjaan
- · Pengeluaran bahan makanan
Pengeluaran bahan makanan
Keperluan bekalan makanan penduduk
negara Malaysia dapat dipenuhi dengan adanya pertanian. Manusia pada zaman
Neolitik, mula bercucuk tanam, menangkap ikan serta membela haiwan ternakan.
Jadi, di situ wujudnya sistem pertanian pertama di Malaysia iaitu kira-kira
7,000 tahun dahulu! Ok, lama kan?
Selain daripada itu, pertanian juga
dapat mengurangkan kos import bahan makanan dari luar negara iaitu lebih kurang
221.81 bilion sejak 10 tahun yang lalu! Bukan jumlah yang sedikit kan? Apa je
yang diimport oleh kerajaan Malaysia?? Timbalan Menteri Pertanian dan Industri
Asas Tani, Datuk Mohd. Johari Baharum berkata, kebanyakan komoditi yang
diimport tidak ekonomik untuk dihasilkan dalam negara kerana kos pengeluaran
tinggi di samping iklim yang tidak sesuai. Kumpulan komoditi makanan yang
diimport adalah keluaran bahan makanan diproses, bahan makanan ternakan, buahan
iklim sederhana, sayur-sayuran dan bijirin. Antara makanan yang kita import
ialah koko, kopi, teh, susu, gandum, epal, oren, ubi kentang, salad, beras dan
tepung, katanya ketika menjawab soalan Dr. Siti Mariah Mahmud (Pas-Kota Raja). (Artikel Penuh: © Utusan Melayu (M) Bhd)
Pertanian juga amat penting untuk memenuhi
keperluan keselamatan Negara. Kita dapat lihat melalui salah satu objektif Dasar
Pertanian Negara Ketiga (DPN3) iaitu meningkatkan sekuriti makanan (food security). (Sumber Maklumat: Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia )
Pengeluaran bahan mentah
Sektor Pertanian merupakan salah satu
sektor penting yang mendapat tumpuan dalam perdagangan dunia kerana ia
merupakan pembekal makanan dan sumber bahan mentah kepada penduduk dunia.
Sektor pertanian khususnya sektor-sektor
kecil tanaman industri dan perhutanan akan terus memainkan peranan penting
sebagai pembekal utama bahan mentah kepada industri berasaskan sumber.
Sumbangan sektor pertanian kepada KDNK dijangka akan menjadi lebih penting
apabila lebih banyak bahan mentah pertanian diproses dan dijadikan produk akhir
untuk dieksport. Bagi menampung pengeluaran dalam negara dan memenuhi
permintaan yang kian bertambah daripada industri hiliran, perolehan strategik
bahan mentah melalui pelaburan di luar negara akan diusahakan. (Sumber Maklumat: Dasar-pertanian-negara-ketigadpn3 )
Antara contoh bahan mentah yang
digunakan untuk keperluan industri adalah getah, kelapa sawit dan sebagainya.
Getah boleh digunakan dalam pembuatan tayar kenderaan dan kelapa sawit pula
digunakan untuk membuat minyak masak.
Pendapatan eksport
Sektor perusahaan perladangan dan
komoditi merangkumi penanaman dan penghasilan minyak sawit, getah, kayu, koko
lada dan tembakau. Pada tahun 2006, nilai eksport bagi komoditi dan produk
berasaskan komoditi adalah RM76.50 billion, menyumbang 12.91 peratus kepada
jumlah eksport Malaysia bagi tahun berkenaan. Sektor ini telah menyumbang lima
peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara. Sektor perusahaan
perladangan dan komoditi terus berkembang menjadi sektor yang dinamik, kukuh
dan menjadi sektor asas kepada kekukuhan pertumbuhan ekonomi Malaysia. Ia turut
menyumbang kepada Produk Berasaskan Domestik (GDP), sektor pekerjaan dan
pendapatan eksport serta meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar.
Selain daripada itu, sektor ini juga memberikan banyak peluang dan telah
berkembang bermula daripada proses pengeksportan bahan mentah kepada
penghasilan barangan separuh siap, barang telah diproses dan barang siap, di
samping menghasilkan lebih produk nilai tambah bagi meningkatkan pasaran. (Sumber Maklumat: Karya Merdeka )
Sektor pertanian dijangka memperolehi
sumber pertumbuhan yang baru daripada hasil pelbagai inisiatif untuk
menggalakkan pertumbuhan kumpulan industri baru seperti perhutani, produk asli
istimewa, buluh dan rotan, produk bioteknologi, florikultur dan ikan hiasan.
Sektor kecil makanan juga dijangka mengalami pertumbuhan ketara berikutan
langkah-langkah intensif yang telah diambil untuk mengatasi kekangan-kekangan
yang dihadapi berkaitan dengan pengeluaran, serta daya usaha lain untuk
memperkukuhkan asas ekonomi sektor kecil ini. Sumbangan sektor kecil makanan
kepada KDNK pertanian dijangka meningkat daripada RM4.3 bilion dalam tahun 1995
kepada RM7.4 bilion dalam tahun 2010. Permintaan kukuh yang kian meningkat
terhadap minyak sawit di pasaran antarabangsa akan mempergiatkan lagi
pertumbuhan industri ini. Nilai ditambah sektor kecil ini dijangka meningkat
daripada RM6.8 bilion kepada RM10.3 bilion bagi tempoh tersebut, sementara
sumbangannya kepada KDNK pertanian dijangka meningkat daripada 42.1% kepada
44.6%.
Sektor pertanian khususnya sektor-sektor
kecil tanaman industri dan perhutanan akan terus memainkan peranan penting
sebagai pembekal utama bahan mentah kepada industri berasaskan sumber.
Sumbangan sektor pertanian kepada KDNK dijangka akan menjadi lebih penting
apabila lebih banyak bahan mentah pertanian diproses dan dijadikan produk akhir
untuk dieksport. Bagi menampung pengeluaran dalam negara dan memenuhi
permintaan yang kian bertambah daripada industri hiliran, perolehan strategik
bahan mentah melalui pelaburan di luar negara akan diusahakan. (Sumber Maklumat: PMR Penerangan )
Peluang pekerjaan
Sektor pertanian melibatkan bilangan
tenaga kerja yang besar. Tiga kumpulan pekerjaan utama dalam bidang pertanian (tanaman,
ternakan dan perikanan) adalah:
- · Pengeluaran
Menghasilkan makanan
atau bahan mentah untuk penduduk bandar dan industri. Contoh pekerjaan; Pengusaha
tanaman, pengurus ladang, penternak haiwan dan eksekutif pemasaran.
- · Perkhidmatan
Memberi segala
perkhidmatan kepada pengeluar. Contoh pekerjaan; Pegawai bank, pegawai
penyelidik, veterinar, jurutera, juru runding, guru dan arkitek landskap.
- · Pembuatan
Menukar hasil pertanian
kepada barang yang berguna. Contoh pekerjaan; Pengilang padi, pekerja kilang
pemproses getah atau minyak sawit.
Sekian sahaja dari saya. Nantikan sambungan PERTANIAN DI MALAYSIA part II, part III dan part IV di mana saya akan terangkan mengenai tanaman dan ternakan di Malaysia, trend pertanian di Malaysia, isu pertanian di Malaysia dan peranan institusi dalam pembangunan pertanian.
Sekian sahaja dari saya. Nantikan sambungan PERTANIAN DI MALAYSIA part II, part III dan part IV di mana saya akan terangkan mengenai tanaman dan ternakan di Malaysia, trend pertanian di Malaysia, isu pertanian di Malaysia dan peranan institusi dalam pembangunan pertanian.
Mengumpul maklumat.
Plagiat? No!
Saya state sumber kan?
Hehe.. salam ^^