Showing posts with label GURU. Show all posts
Showing posts with label GURU. Show all posts

Cikgu tak boleh marah??

on Sunday, March 3, 2013

Guru-guru diingatkan
jangan marah, 
mendenda, 
merotan 
atau mengambil tindakan disiplin 
jika murid tidak buat kerja rumah 
atau tidak mahu belajar. 
Penjaga berhak mengambil tindakan undang-undang
terhadap mereka (guru-guru) 
jika berbuat demikian.


Jawapan kepada peringatan di atas oleh pemilik no telefon 012-264XXXX
Kepada mak bapak, mummy daddy, ibu ayah, mama papa, ummi abi yang tak berapa layak mendapat gelaran tu, sila baca dan faham. Diulang, SILA BACA DAN FAHAM!!

Wahai mak bapak..
Tidaklah menjadi kegemaran guru utk memarah, membebel, merotan dan memukul anak2 anda, mereka tidak suka. Mereka sendiri ada banyak kerja nak buat selain dari nak marah anak anda yang ibarat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. (MUNGKIN MEWARISI SIFAT ANDA..) tapi mahu atau tidak, mereka sebagai guru perlu untuk memastikan mereka belajar dan melaksanakan tugas.

Wahai ibu ayah..
Adakah kamu patuh pada suruhan agama dan Tuhan kamu? Kenapa kamu patuh? Kerana kamu adalah insan. Kerana kamu adalah hamba. Dan kenapa pelajar perlu untuk patuh dan laksanakan tugas sebagai pelajar? Kerana mereka adalah pelajar dan mereka perlu utk belajar. Saya juga patuh pada Allah dan agama saya. Guru-guru juga patuh dengan arahan pengetua. Sedang cikgu pun boleh dengar cakap, apa kuasa dan kehebatan anak anda sampaikan tidak boleh ditegur walau sedikit? Apakah kuasa undang-undang sekarang membuatkan ibu ayah buta?

Wahai mummy daddy..
Mereka para guru tidaklah kejam. Tidaklah jahat dan tidaklah gila. Malah, saya rasa, lebih ramai guru-guru yang menjadi gila, mendapat kencing manis, sakit jantung, darah tinggi semata-mata menghadap muka anak-anak anda setiap hari yang kurang ajar dan melawan guru. Tapi, masih.. kesalahan diletakkan di tangan guru. Katanya guru tidak pandai mengajar. 

Wahai mama papa.. 
Kalau dah anak anda menjadi Tuhan di sekolah, silalah buat undang-undang sendiri. Boleh tidur dan tidak boleh kena marah bila tak nak belajar. Apa kuasa yang guru-guru ada untuk jadikan anak anda sebagai manusia?? Mereka bukan tuhan yang boleh berikan hidayah. Mereka bukan nabi yang bersifat maksum dan pemaaf setiap masa. Mereka hanya guru biasa yang mungkin tidak di dengari suaranya.

Wahai ummi abi..
Bila anak anda mendapat keputusan yang cemerlang, anda akan cakap: " Sebab anak saya pandai". Bila anak anda mendapat keputusan yang corot, jawapan anda: " Cikgu tu tak pandai mengajar". Kalau dah macam ni la gayanya, anak anda akan menjadi bodoh.. dan terus menjadi bangang abadi.

Itu sahaja pendapat saya..
Sekian..
Terima kasih.




Memikirkan bagaimana masa hadapan?
Oh tidak!!..
Aku bakal guru (Insya Allah)

Tag : ,

Study Skills

on Friday, February 22, 2013


Top 10 Tips




Tag : , , ,

Teknik Belajar 5R STUV

on Wednesday, February 20, 2013

Sibuk belajar? Tapi betul kah cara anda belajar? Jadi, hari ini saya nak kongsikan cara yang saya gunakan untuk belajar. Ada beberapa cara iaitu:

1. Recopy [salin semula]

2. Rework all model 5 x [buat semula contoh/cepat/5x]
3. Recite out loud Repeatedly [lafaz kuat berulang kali]
4. Recheck [semak semula]
5. Reasonnablenes [jawapan berpatutan/sebaliknya]



1. Recopy [salin semula]

Salin semula apa yang telah anda belajar. Gunakan pelbagai sumber. Contoh: buku teks, buku rujukan, internet. Tapi, harus diingatkan.. salin semula apa yang penting sahaja!

2. Rework all model 5 x [buat semula contoh/cepat/5x]

Buat latihan dan semak setiap jawapan anda. Kenal pasti, cara yang betul, dan buat semula contoh. Sampai anda faham dan boleh menjawab bentuk soalan yang sama.

3. Recite out loud Repeatedly [lafaz kuat berulang kali]

Baca nota anda secara kuat (bukan menjerit!) berulang kali. Mula-mula sambil tengok nota, lama-lama tanpa tengok nota pula. Selepas itu, boleh diulang dengan meminta bantuuan daripada rakan anda. Suruh rakan pegang nota dan lihat apa yang anda baca. Betul atau tak?

4. Recheck [semak semula]

Langkah ini sebenarnya bersangkut paut dengan langkah yang kedua tadi. Semak semula jawapan dan pastikan anda faham cara nak menjawab yang sebenar. (Jawapan yang betul). Jika anda rasa jawapan buku salah, boleh lah bertanya pada guru anda untuk kepastian.

5. Reasonnablenes [jawapan berpatutan/sebaliknya]

Pada peringkat ini, anda dikehendaki untuk memastikan sama ada jawapan anda berpatutan atau sebaliknya. Analisis jawapan sama ada menjawab soalan atau tidak.

Teknik tambahan:
1. s-sumarize [ringkaskan nota penting]
2. t-test your self [uji diri anda]
3. u-use [gunakan]
4. V-visualize [bayangkan selalu]

1. s-sumarize [ringkaskan nota penting]


Bayangkan satu subjek ada 15 bab, kalau 10 subjek? Banyakkan? Jadi, ringkaskan nota anda. Anda boleh gunakan kata kunci untuk nota-nota anda.

2. t-test your self [uji diri anda]

Uji diri di sini bermaksud, anda boleh lah cuba menjawab soalan lepas. Sekarang sudah banyak syarikat penerbita buku latihan yang mengeluarkan soalan-soalan peperiksaan lepas. Jadi, anda bolehlah cuba untuk menjawab soalan-soalan yang ada dengan menggunakan apa yang anda telah pelajari dan belajar! :)

3. u-use [gunakan]

Gunakan masa yang ada dengan sebaiknya. Belajar, belajar, dan belajar! :) hee.. Tapi jangan sampai stress sangat ya!

4. V-visualize [bayangkan selalu]

Bayangkan selalu nota yang telah anda buat. Jika anda terlupa nanti, boleh lah bayangkan nya. Macam mana bentuknya, di mana kedudukannya, dan lain-lain.

Sekian saja dari saya. Yang baik datangnya dari Allah, yang buruk itu kelemahan saya sendiri. Sekian, salam. 



Selamat beramal! 



Tag : , , ,

Prof. Dr. Muhaya berpesan..

on Tuesday, February 19, 2013

10 Ucapan Paling Beracun Seorang Penuntut Ilmu

-Prof Dr Muhaya-


Saya tidak tahu di mana nak mula

Ini masalah biasa. Jangan gelabah. Biasalah, kalau kita bingung dengan jumlah subjek yang banyak untuk dipelajari. Mulakan dengan menyenaraikan semua perkara yang kita perlu tahu dan yang boleh dicari daripada sukatan pelajaran atau segala yang diberitahu oleh pensyarah. Bahagikan beban kerja pada beberapa bahagian yang boleh diurus. Belajar mengutamakan kerja yang utama dan jadualkan masa kita secara realistik. Displinkan diri dengan membiasakan diri kita selama beberapa minit tempoh antara kuliah untuk mengulangkaji nota-nota kuliah. Elakkan menangguh kerja ke saat-saat akhir dan mula belajar seawal mungkin dengan tempoh minima empat jam sehari.

Banyaknya nak belajar, dan masanya pula sikit

Bijak bertindak. Pastikan kita amalkan BTU terhadap kuliah-kuliah kita. Apa itu BTU? Bintulu? Bukan.. salah tu! BTU ertinya Baca awal, Tumpu, Ulangkaji. Buat helaian rumusan pengajian untuk semua subjek yang ada. Kerja ini boleh dipermudahkan dengan kumpulan belajar kita. Rumusan ini termasuklah nota kuliah, tutorial, pembelajaran berasaskan masalah dan kerja-kerja makmal yang perlu disaling-kaitkan. Kenalpasti topik-topik yang paling penting yang diberi penekanan oleh pensyarah dan bahagian yang sukar difahami.

Susahnya subjek ini, saya tak faham langsung!

Bersabarlah! Mempelajari ciptaan Tuhan yang paling tinggi sudah tentu tidak mudah. Tetapi percayalah pada pesanan saya, sebaik sahaja kita memperolehi ilmu pengetahuan, ia akan memberi kepuasan dalam hidup kita. Anggapnya sebagai suatu cabaran. Pendekatan yang baik ialah dengan berbincang dengan rakan-rakan lain dalam kelas. Kita akan rasa lega apabila diberitahu rakan-rakan lain juga mendapati subjek itu sukar. Beranikan diri buat temu janji dengan pensyarah untuk mendapatkan penjelasan bagi bahagian-bahagian yang sukar. Pensyarah sudah tentu amat suka untuk membantu. Satu perkara penting perlu diingati, bahawa lebih sukar sesuatu subjek itu, lebih berguna ianya untuk masa praktikal klinikal dan pengajian lanjutan lepas ijazah.

Saya baca, saya faham, tetapi saya tak boleh ingat langsung

Berbincanglah. Kita akan ingat lebih baik bagi perkara-perkara yang dibincangkan secara mendalam. Hasil penyelidikan telah menunjukkan bahawa kita ingat 70% daripada apa yang kita bincangkan. Cuba kaitkannya dengan sesuatu yang bermakna kepada kita. Semasa berbincang, cuba kaitkan topik tersebut dengan contoh-contoh sendiri. Cuba salingkait subjek dengan apa yang kita pelajari sebelum ini.

Agak-agaknya saya faham

Jangan terlalu yakin. Uji diri sendiri dengan berbincang mengenai subjek tersebut. Bina soalan-soalan dengan rakan-rakan kita mengenai bahagian-bahagian penting dan uji sesama sendiri. Sentiasa ingat fakta yang ditekankan oleh pensyarah semasa dalam kuliah. Kaji hubungkait antara setiap topik. Cuba bina soalan-soalan peperiksaan kita sendiri untuk topik yang dibincangkan dan beri jawapan.

Banyaknya nak kena ingat

Susun atur maklumat kita. Maklumat lebih mudah diingati jika dipersembahkan dalam bentuk rangka kerja yang tersusun supaya maklumat boleh diperolehi semula dengan cara yang sistematik. Ada banyak teknik yang dapat membantu kita menyusun atur maklumat baru.

Baru sebentar tadi saya ingat

Kaji semula. Selepas membaca satu bahagian, kaji semula dan amalkan output learning iaitu mengeluarkan kembali fakta yang dipelajari. Cuba reka soalan mengenai bahagian tersebut dan jawab. Jika kita tidak boleh ingat lagi, baca semula pada tempat yang kita tidak ingat. Lebih banyak kita mengambil masa untuk belajar, lebih banyak yang boleh diingat. Walaupun kita boleh ingat kesemua fakta, kita masih perlu terus belajar kerana pembelajaran berterusan boleh menjadikan bahan yang dipelajari tidak mungkin dilupai. Dengan kata lain kita tidak mungkin terlebih belajar. Walau bagaimanapun, bagaimana kita mengatur dan menggabungkan maklumat baru amat penting daripada berapa lama kita mengambil masa untuk belajar. Bukan berapa lama kita belajar yang penting tetapi berapa banyak yang kita perolehi semasa sesi belajar itu lebih penting. Berapa banyak yang kita telah pelajari boleh dibuktikan daripada jumlah soalan yang boleh dijawab. Cuba sediakan soalan berbentuk esei dan jawab sendiri, kemudian cuba jawab soalan aneka pilihan untuk mengukuhkan apa yang telah dipelajari.

Saya belajar lebih baik pada saat-saat akhir

Ini tidak benar sama sekali. Ingatan bertambah apabila masa belajar meliputi tempoh masa yang panjang. Sudah pasti jika belajar pada saat akhir ada hormon yang boleh dirembeskan akibat tekanan yang membuat kita rasa tangkas, cergas dan bertenaga untuk belajar. Walau bagaimanapun kecergasan ini akan mengakibatkan kita mudah penat dan diserang gelabah terutama sekali apabila kita dapati terlalu banyak yang mesti dipelajari. Belajar di saat-saat akhir adalah sia-sia dan kesannya akan dirasai semasa peperiksaan. Saya pernah melihat rakan saya yang bersikap sedemikian. Sikap sebegini akan menyebabkan pelajar akhirnya terpaksa mengulangi beberapa kertas dan akhirnya terpaksa mengulangi seluruh tahun akademik tersebut dan ada di antara mereka menamatkan pengajian mereka dua tahun lebih lewat daripada sepatutnya berbanding dengan siswazah lain. Keadaan ini membuat mereka kecewa dan kurang keyakinan diri.


Tapi saya suka belajar atas katil saya

Ini tidak baik. Ambil berat terhadap pelajaran kita. Membaca buku untuk pengajian tidak sama dengan membaca buku cerita. Kita mesti belajar dengan kertas dan pen di tangan dan catat atau buat rajah untuk belajar secara aktif. Kita tidak boleh belajar sambil berbaring. Lagi pun, kita boleh ingat semula lebih baik bila situasi belajar sama seperti situasi semasa ujian. Lebih mirip antara suasana belajar dengan suasana ujian, maka lebih banyak bahan yang boleh diigati semasa ujian.

Saya akan berjaga sepanjang malam sehingga saya habis belajar

Keadaan ini kurang produktif. pelajar yang suka berjaga lewat malam tak rasa penat ke? Buang masa? Perkara yang amat penting semasa ujian ialah berfikiran cergas. Elakkan keletihan minda. Rehat sebentar berulang kali semasa mentelaah. Sebelum ujian rehatkan minda kita. Adalah amat penting kita menjaga diri kita sebelum peperiksaan. Makan betul-betul, tidur cukup dan bersenam secukupnya dan berdoalah bersungguh-sungguh. Psst.. lupa! Jangan doa sungguh-sungguh, tapi tak study pula! Usaha kena seimbang dengan apa yang kita nak okay?

Sekian sahaja dari saya. Salam.






Kuliah dah mula.
Alhamdulillah result sangat menggembirakan ^^
Semoga semester ni lebih baik dari semester lepas.
Insya allah :)
Tag : , , ,

Guru oh Guru

on Sunday, February 17, 2013

Guru oh Guru

• mengajar di dalam kelas?

• diminta untuk relief kelas?

• membuat rancangan pengajaran?

• menanda buku latihan/nota pelajar?

• dilantik menjadi AJK program?

• Diminta hadir aktiviti kokurikulum?

• diminta membuat soalan peperiksaan/ujian?

• berada di tapak perhimpunan rasmi sekolah?

• diminta menyiapkan sesuatu tugasan atau tindakan segera?

• diminta pandangan/buah fikiran semasa di dalam mesyuarat?

• diminta menghantar pelajar untuk sesuatu pertandingan/aktiviti?

• Diminta menghadiri mesyuarat/kursus? (sama ada di dalam/di luar sekolah)

• terpaksa keluar duit poket untuk belanja pelajar makan/minum untuk sesuatu pertolongan daripada mereka?

• diminta membuat kelas tuisyen / kelas tambahan tanpa mengharapkan ganjaran?



Kuliah dah nak bermula..
semester baru
azam baru
target baru
go! go! go!
chaiyok ^^"
Tag : ,

Peranan GURU

on Sunday, February 10, 2013


Peranan Guru dalam Meningkatkan Mutu Pendidikan

-Syed Lutfi (1994)-

1. Guru adalah agen perubahan dalam mencapai matlamat pendidikan
2. Guru berperanan sebagai pengajar, pendidik dalam membentuk sikap, nilai dan akhlak.
3. Sentiasa memikirkan cara-cara memperbaiki kualiti pendidikan
4. Memperbanyakkan latihan, tunjuk ajar, kelas tambahan dan sebagainya untuk memastikan murid dapat menguasai ilmu
5. Sentiasa melengkap dan mempertingkatkan ilmunya
6. Sentiasa inovatif dalam menyampaikan pengajarannya
7. Menampilkan karisma kepimpinannya
8. Bijak memberi pertimbangan kepada kepelbagaian sikap murid
9. Bertindak sebagai pemberi galakan dan bimbingan
10. Malaksanakan amanah pendidikan dengan penuh berkualiti

Tag : , , ,
 
© Blog Cikgu Sains Pertanian | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO