Cita-cita

on Sunday, June 30, 2013


Tag :

BBI 2420

on Saturday, June 15, 2013

Oral Interaction Skills

English is really fun! Hee.. Kelas Pn. Ho Sook Wah sangat daebak! Masa kelas first, more to introduction about this course, kelas second kami belajar phonetic symbols tapi sempat cover huruf konsonan je. Ada 24 semuanya (dalam module la). Kelas third belajar vowel sounds dan diphthongs. Saya lemah lagi la yang diphthongs ni. Apa-apa pun kelas Oral Interaction Skills ni sangat best! Hari ni ada student baru masuk. Selamat datang :) Hari ni juga kami diajar cara menyebut Bachelor of Agricultural Science from Faculty of Educational Studies dengan betul. hee.. Banyak lagi yang kena belajar. Banyak juga yang perlu dibaiki. Ok lah, sekian saja dari saya. Salam.



Hari ni Final exam untuk BBI2420
Moga-moga sem ni target untuk dapat dekan tercapai.
Amin.
Tag :

Adab belajar

on Wednesday, June 12, 2013

Final exam..
Good luck! :)
Tag :

Persahabatan itu indah!

on Monday, June 3, 2013


     Hari ni nak cerita pasal persahabatan sikit. Hehehe.. :) Semalam ada sorang sahabat telefon saya. Menyatakan rindunya pada saya. Saya jadi serba-salah.. terharu pun ada! Sebenarnya saya pun rindu dia juga! ^^ Tadi masa bukak blogger.com macam banyak je benda nak taip.. Bila dah mula menaip, hilang~.. Apa ek nak taip tadi? --"

     Semester lepas kami ada study group. Berlima: Saya, As, Rin, Akem, Raihan dan Liza. Kami ambil 5 subjek yang sama sem lepas. Alhamdulillah kami semua dapat Dekan sem lepas :) Sem ni study week sangatlah tidak best! Rin balik kampung, jadi pengapit sepupu dia sampai Khamis. As pun balik rumah sampai Rabu. Raihan yang rumah dekat balik sampai Isnin. Liza mungkin sibuk kerja. Akem?? Hee.. Dia tak tahu buat apa kat bilik tu. Dan saya?? Saya dalam dilema. Nak balik untuk menguruskan hal-hal adik nak sambung belajar di Bintulu, tapi Khamis ni ada presentation pula. Hurm.. Kenapalah Puan Ho tu sakit tiba2 Jumaat lepas???...

     Hari ni hari pertama study week. Baru masuk Chapter 3 Aplikasi Komp. Sangat lambat lah saya ni baca nota. Mcm mana nak dpt result best2 ni?? Hurm.. Saya nak jadi macam Abg Loqman Hakim tu. Setiap sem Dean List! Hebat kan?? :) Hee.. Ok lah, tak leh nak taip lama2. Nak sambung study lagi. Sehingga bertemu lagi. Wish me luck for my final. Thanks! Salam.




KAKAK TERLEBIH GEMBIRA BILA ADIK DAPAT SAMBUNG BELAJAR :)
Tag :

P & P Cemerlang

on Sunday, March 10, 2013


Pembelajaran dan Pengajaran Cemerlang

Sebagai guru, kita mestilah terus mengekalkan kecemerlangan bagi memartabatkan profesion keguruan dengan memberi tumpuan kepada lima perkara utama yang menjadi asas kejayaan dan kewibawaan seseorang guru. Lima perkara utama itu adalah:
  1. Kekuatan intelek
  2. Kepimpinan berwibawa
  3. Kemurnian akhlak
  4. Kesediaan untuk berubah
  5. Minat dan cinta terhadap profesionnya.
Setiap faktor ini sering berkait, melengkapi serta bergerak serentak dan beriringan.

Dari segi kekuatan intelek, kita perlu melaksanakan tugas asasi iaitu mengajar dalam bilik darjah. Walaupun ke mana kita memberikan sumbangan dan khidmat, kita perlu mencemerlangkan diri dalam (P&P) di bilik darjah iaitu mengajar yang merupakan tugas hakiki terhadap pelajar. Kita juga perlu menunjukkan kecemerlangan dari aspek kepimpinan. Kita perlu cemerlang dalam organisasi yang dipimpin. Kita perlu bertanggungjawab terhadap kepimpinan pengajaran dan pembelajaran serta perkembangan sahsiah murid.

Kita juga harus menyedari bahawa sebagai pendidik, mereka perlu menjadi suri teladan yang baik atau qudwah hasanah / uswatun hasanah kepada murid, ibu bapa dan komuniti. Penilaian pelajar, ibu bapa dan masyarakat akan tertumpu kepada peribadi guru khususnya dalam menyampaikan pengajaran di dalam dan di luar bilik darjah. Justeru, selain mempunyai ilmu yang tinggi dan relevan, penampilan diri yang positif, berketerampilan, ketinggian budi pekerti, sikap dan budaya yang positif amat dituntut. Kita hendaklah sentiasa profesional, ceria serta amanah dalam menjalankan tanggungjawab yang diberikan.

Alaf baru menyaksikan gelombang perubahan hasil kemajuan sains, kecanggihan teknologi, dan ledakan ilmu. Kita perlu peka dan sentiasa bersedia untuk turut berubah dalam menghadapi keadaan ini. Kita perlu mempelbagaikan ilmu dan kemahiran dan memanfaatkan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam sistem pendidikan kita agar anak-anak didik dapat dipersiapkan untuk menghadapi cabaran dan ancaman globalisasi dan liberalisasi.

Kita juga perlu menunjukkan minat dan kecintaan yang mendalam untuk menjalankan tugas secara jujur, ikhlas dan penuh tanggungjawab. Kita perlu mempunyai ROH GURU agar dapat menjalani dan menggalas tugas untuk mendidik anak bangsa dengan jati diri yang kukuh, berdaya saing, berkeyakinan tinggi dan berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai sejagat.



Belajar dan terus belajar..
XOXO
S.A.Y.A
Tag :
 
© Blog Cikgu Sains Pertanian | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO